Friday 5 September 2014


andai aku sebentang langit,
akan kupayungi tiap langkahmu 
hingga ke pintu rumah

andai aku udara-udara dibumi,
akan kusaluti badan kecilmu dengan suasana heningku

andai aku awan-awan dilangit,
akan kuturunkan rahmat tuhanku selalu
agar kau belajar mencintai tuhanmu 
dengan kehadiran tanpa suaraku

tetapi upaya kusekadar  menitipkan surat-surat kepada tuhanmu

dan namamu,
telah kusampaikan kepada tuhanku



Friday 8 August 2014




tika kau asyik bertemu bulan
mengatakan cinta tersirat,
aku ada-
ada dibalik dakapan langit
aku adalah bintang yang kadang
tidak diperlihat oleh kerana lemas dalam lautan malam
tetapi harus kau tahu,
aku ada- dan sentiasa ada
memerhatikan

pada bulan kubisiki perlahan;

jagakan dia, 
tlah kujatuh cinta pada jiwa yang menggerakkan penanya 
menjadi sebuah alam asing yang tidak kuketahui dimana. 
di jejari jendela, kulihat dia lelah mengejar cita. 
tapi bila adanya engkau, bulan
dimatanya kulihat sinar harapan



dan aku disini- 
tetap memerhatikan
berdialog dengan tuhan,-
agar jiwanya terus kekal
supaya bila sampai masanya untuk pergi
aku tidak begitu sunyi


Sunday 13 July 2014




sempadan masa mencipta sungai-sungai doa
hingga jarak mengikat dua jiwa
tuhan jangan biar aku leka
lemas bersama makhluk fantasi 
yang aku cipta sendiri
kau, bagi aku, cuma ilusi

Sunday 6 July 2014






jika mau memahami dunia,
bersilalah di pinggir jalan-

berbedanya ragam manusia
bukan untuk membezakan
juga bukan untuk dihina

tapi saling melengkapi,
menghangatkan hati

cebisan garisan ku kutip
ku cantum menjadi senyuman

dunia;
indah bila kau bayang syurga
neraka bila kau bayang bala


Saturday 21 June 2014







Sewaktu dalam perjalanan musafir, Rasulullah memberi pesan kepada hamba sahaya yang membimbing unta yang membawa isterinya. “Wahai Anjasy, pelan-pelanlah kamu membawa qawarir(bekas kaca).” –Hadith



Maka Rasulullah berkali-kali
mengumpamakan wanita sebagai al-Qawarir
yang harus ditatang hatinya dengan hormat dan berhati-hati.
Dan wanita juga seperti bekas kaca tersebut yang mampu bertahan dengan api cabaran yang membentuknya dewasa,
tetapi tidak mampu bertahan dengan tangan lelaki
yang menghempasnya pecah.



-Sumber: Wanita Feminisme Islam



\\




wanita, penuh misteri;
dasar hatinya sedalam seluas lautan Hindi,
serumit-rumit ciptaan.

tahu bermuda triangle?
:)

ya. itu kami.



rumit yang membahagiakan, 
supaya kau terus mencari
apa yang Tuhan cuba katakan.








Thursday 19 June 2014







Hakikatnya gula garam kehidupan itu 
mencorakkan lagi jiwa kecil kita menjadi abstrak
yang kita sendiri bentukkan dalam aksara. 
tapi pada hakikatnya itu cuma satu per sejuta rasa 
yang kamu bisa luahkan melalui seni linguistik.


dan seperti biasa, diam lebih aku cintai


 
Twitter Facebook Dribbble Tumblr Last FM Flickr Behance